Monday, September 24, 2012

Alhamdulillah.. susu meriah lagi..

Assalamualaikum...

Hari ni mood seronok..al maklum la kan esok dah gaji...yela, bercinta jugak la nak tunggu...mana taknya belanja raya tak ingat dunia..ok² dah, jom ke topik sebenar..banyak pulak bebelan petang² ni..

Alhamdulillah rezeki petang ni mencurah-curah...kalau nak diikutkan susah la sekali pam nak dapat 10oz kan, tapi petang ni di sebabkan mood seronok punya pasal meriah susu untuk Arissa...Syukur di atas nikmat dan rezeki yang Engaku berikan kepada anakku Ya Allha.10oz aku dapat untuk Arissa hari ni...
Terima kasih Ya Allah kerana beri kesempatan untuk menyusukan anakku sehingga hari ini...

                            pesanan untuk diri sendiri : 

* Perlu disiplinkan diri lagi untuk menambahkan lagi stok susu yang ada...
* Moga-moga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.
* Sentiasa kuat semangat

Inilah dia manja saya yang suka sangat² minum susu mama dia...
Bila tanya kat Arissa, susu mama sedap tak kakak? 
Arissa jawab, dap..dap..(hehehe)

1 comment: