Tuesday, October 9, 2012

Sanggup ke Tak Sanggup

Assalamualaikum

Sharing dari Group Kumpulan Sokongan Ibu-ibu Menyusu:

Menggerunkan & kesian kan...


Gambar ni adalah lembu yang disuntik untuk menghasilkan byk susu. Secara semulajadi lembu menghasilkan 1 gelen setiap hari untuk anak lembu dan bukan sehingga 15 gelen untuk sarapan 30 keluarga bg menghasilkan susu utk manusia, mentega, keju ais krim dan produk tenusu yg lain. 

Buah dada lembu akan membengkak dan membesar luar dr saiz normal dan yg paling teruk dan kasihan lembu2 ini berjalan mengheret diri mereka atas tanah yang mana ia membawa bengkak, kudis serta jangkitan (nauzubillah). 

Lebih 50 antibiotik berbeza digunakan utk pastikan jangkitan dikawal. Lembu mengalami bengkak susu yg mana ia menjadi nanah. Beberapa hormon disuntik utk menggalak pengeluaran susu yg mana ia beri kesan x baik pd manusia seperti kanser payudara, prostat dan kolon.

Jadi ibu-ibu, sanggupkah kita membiarkan bayi kita seawal usia kelahirannya utk minum susu lembu begini? Fikirkan hak & keperluan bayi kita.... wallahua'lam.... 

No comments:

Post a Comment