Friday, February 8, 2013

Talapia 3 Rasa

Assalamualaikum...

Mood petang ni nak update menu dan resepi malam tadi...

Talapia Masak 3 Rasa


Bahan-bahan :

Ikan Talapia 1 ekor
Serbuk knoor pasti sedap
Tepung jagung
5 biji Cili padi (potong kecik)
Bawang besar 1 biji (potong dadu)
Bawang putih 2 biji (ketuk)
Sedikit halia (potong nipis halus)
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula
Tomato (potong dadu)
Nenas (ayu tak letak sebab tak ada)
Minyak untuk menggoreng dan menumis kuah

Cara-cara :
1. Lumurkan ikan dengan knoor pasti sedap sehingga rata pada ikan termasuk bahagian dalam juga.
2. Kemudian lumurkan ikan dengan tepung jangung sampai rata juga..maaf ye bahasa malas..hehehe
3. Panaskan minyak...minyak tu kena betul-betul panas...biar sampai ikan tenggelam dalam minyak..
4. Dah masak toskan minyak letak tepi.
5. Untuk kuah, tumiskan halia, bawang putih dan cili padi bersama hingga agak layu. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.
6. Masukkan tomato dan bawang, kemudian masukkan sedikit air, garam dan gula.
7. Biarkan mendidih seketika..kemudian tutup api. Boleh la disiram di atas ikan tadi.
8. Sedia untuk dihidang bersama nasi yang panas...

Selamat mencuba...:)

No comments:

Post a Comment