Monday, June 3, 2013

My skin care routine now

Assalamualaikum...hai...

Banyak produk penjagaan kulit muka yang aku cuba semuanya tidak membuatkan kulit muka nampak lembab dan bintik hitam pun sama je tak kurang. Malah aku rasa semakin kering dan bintik hitam pun tak hilang.

Jadi harini aku nak cerita sikitlah kot kot korang boleh dapat input ke kan hihi. Pernah dengar Clinique? Clinique ni memang established brand. Sudah 45 tahun berada di pasaran if you are wondering =)

Pada aku konsep yang betul adalah produk yang baik mengambil masa yang agak lama untuk memberi kesan tertentu. Itu pada pendapat aku la. Terpulang pada pendapat masing-masing..
Yela..muka ada satu je..kalau dah rosak kulit muka..mana nak cari ganti kan..

Inilah produk Clinique yang aku guna

Salah satu sebab kenapa aku memilih jenama ni kerana ia dicipta oleh Dr. Norman Orentreich, a dermatologist from Manhantan NY back in 1968. Kita semua tau kalau doktor punya invention semua adalah evidence-based (dibuktikan dengan kajian) bukan sekadar cakap atas angin kan. Lagipun this brand adalah allergy tested dan 100% bebas daripada pewangi, sudah tentu satu perkara yang baik!

The world famous 3 step skin care

Aku pakai 3 product ini yang dikenali sebagai Clinique 3 step skin care. Ia terdiri daripada Liquid Facial Wash to cleanse skin, Clarifying Lotion to exfoliate and rid skin of dead cells dan moisturizer to keep the skin hydrated & soft. Dr Norman Orentreich percaya kulit yang cantik dan sihat boleh dihasilkan jika kita mengamalkan 3 step ini dua kali sehari. Aku pun percaya kata-kata awak doktor..memang best la produk doktor ni...hehehe...Aku pun baru je guna..Aku start pakai produk ni minggu lepas...terasa la kulit muka dah kurang kering dan paling penting best sangat..!

Bagi aku 3 step skin care ini adalah daily basic routine yang tidak boleh diabaikan. Walaupun makeup you olls mahal sekali pun, tapi kalau kulit tak cantik, tak guna juga. Pada aku, make up is to enhance our beauty not to hide our flaw. That’s why basic kena guna tiap tiap hari dan jangan miss ok! Lepas tu korang nak pakai benda lain, pakailah hihi.

Nak pakai produk muka, kena ada advice dari yang pakar. Here’s a tip I got for you. Before beli produk Clinique, just take their 30 seconds skin test first to know which product suits you best. Kiranya kalau korang datang ke Clinique,pergi cakap kat consultant tu yang korang nak buat test 30s tu. Nanti consultant akan advice apa range yang sesuai untuk korang. Selain itu, korang boleh cerita apa masalah kulit korang juga, supaya dia lebih paham :)

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment