Wednesday, August 6, 2014

Warna Warni Aidilfitri

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya semua...
KAMI
ayu, arissa, nasrul, arrian
Macam mana dengan raya korang mesti seronok kan...tahun ni raya kami seronok sebab dapat ahli baru..
Tahun ni raya kat kampung aku Kuala Kurau sebab memang turn sebelah sana..raya kedua petang baru gerak balik Manjung rumah mertua...
Paling seronok raya tahun ni mesti la Arissa sebab satu kampung dia pusing kutip duit raya...memang betul-betul raya la..sampaikan mama papa dia pun tak di kisahnya...hahaha..tau-tau balik tunjuk duit raya je kat kami..hehehe...
sehari sebelum raya projek macam biasa la buka daun palas sebab nanti nak masukkan pulut senang..
Memang setiap tahun kalau raya kat kuala kurau ketupat daun palas menjadi menu utama di pagi raya...
Nasib baik sempat belajar dengan arwah mak...kalau tak memang tak dapat la nak buat...

Inilah hasilnya..tapi yang ni belum masukkan pulut lagi...
Arrian tidur la pulak...sepanjang berjalan raya dia tidur...nak amik gambar pun macam tak best la..
Maaf ye gambar kabur sikit...


Arissa | Arrian

Kak Hajar is my kak long

Kak Yam is my kak ngah

Tahun ni tema raya warna purple pink...mama ngan arissa purple..papa ngan arrian purple like pink..

Raya kali ni tak cukup lengkap sebab adik kesayangan kami kena kerja...sedih je rasa pagi raya tu..
Kalau tak lengkap la semuanya...Abah memang raya pertama kat rumah cu (mak tiri) sebab dia dah biasa kat sana...kami anak-anak datang beraya je kat sana..lagipun dekat je bukan jauh mana pun..

Menu hari raya pertama ketupat daun palas, ketupat daun pisang, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam dan kari daging...semua tu menu wajib setiap kali raya...

Oklah tu je cerita raya tahun ni...Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Semua...

No comments:

Post a Comment