Tuesday, January 27, 2015

Jalan-jalan Cameron Highlands ~ Part 1

Assalamualaikum...salam selasa semua....

Kami gerak dari Putrajaya sabtu pagi..sepatutnya jumaat dah checkin kat sana...tapi papa diorang ada mesyuarat kat kuantan..jadi nak tak nak terpaksa jugak checkin sabtu...
kami menginap kat Apartment GreenHill, Tanah Rata..Apartment ni ada 3 bilik dan 2 bilik air..sesuai untuk family ramai..sebab dapur semua ada...
sebelum tu kami singgah kat air terjun area tapah tu...


kakak sampai je kat sini terus dapat lastik kayu handmade...haih la kakak..ke mana je pegi mesti dapat barang dia...

arrian sekarang ni sangat susah nak senyum..




dapur yang sangat selesa untuk nak masak...


Kami sampai sana tengah hari jugak...terus pergi jalan-jalan dulu..first kami pergi ladang teh BOH..


dah macam kat obesee pun...hehehe..memang waktu ni sejuk sangat sebab hujan...


kasih kakak kepada adik...

adik teruja tengok burung terbang...

ni semua total rm28.00 kami makan kat ladang teh boh...

Strawberi Cheese Kek yang super duper sedapppp wei...teringat-ingat lagi...


auw..rasa macam zaman bercinta pulak...tq papa sebab bawak mama dan anak-anak jalan-jalan...

Cuaca kat sana sekarang kalau pagi dengan petang memang sejuk...malam lagi la..jangan cakap la..
sebab tu la kalau korang perasan arrian pakai glove...arissa punya glove haritu tak ada..beli masa dah naik sini...


Oklah nanti kita sambung part 2 pulak ye..terima kasih sebab sudi membaca...

Monday, January 19, 2015

Suntikan Vaksin Pneumococcal

Assalamualaikum....

Apa itu Pneumococcal?

Mungkin tak semua tahu tentang vaksin ni..vaksin ni hanya boleh di dapati di klinik-klinik swasta sahaja.
Kenapa klinik kesihatan kerajaan tak supply..? Sebabnya suntikan pneumococcal ni terlalu mahal..vaksin ni pada aku memang sangat2 penting...dan sekarang baru aku tahu..Alhamdulillah...Arrian dah pun diberi suntikan ni minggu lepas...memandangkan Arrian pernah masuk wad disebabkan jangkitan kuman di paru-paru..mesti yang nak tahu jugak berapa harga untuk suntikan ni kan..aku amik suntikan ni di Klinik Maria Alamanda..aku dah biasa dapatkan rawatan anak-anak kat situ sebab Dr.Maria ni bagus dan sangat friendly. Ok harga 1 dos RM 260.00 sahaja. Arrian ada lagi 2 dos yang kena amik.

Jom cerita sikit pasal vaksin Pneumococcal.

Penyakit Pneumococcal telah menjadi penyebab kepada 1.6 juta kematian yang dianggarkan setiap tahun di seluruh dunia, terutama sekali di kalangan bayi dan golongan telah lanjut usia. Pneumonia adalah penyebab kematian nombor 2 tertinggi di Malaysia.

Apakah Penyakit Pneumococcal?

Penyakit Penumococcal adalah jangkitan yang berpunca daripada bakteria Pneumococcal, antaranya :

- Meningitis (jangkitan terhadap cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang)
- Pneumonia (jangkitan terhadap paru-paru)
- Bacteremia (bakteria di dalam saluran darah)
- Otitis Media (jangkitan terhadap telinga tengah)

Apakah Simptomnya:

- Demam
- Kesejukan
- Sakit Dada
- Peningkatan Kadar Denyutan Jantung
- Batuk
- Lemah
- Berasa Loya
- Sesak Nafas

(Bakteria penyebab penyakit pneumococcal kini semakin sukar untuk dirawat.)

Bagaimana Penyakit Pneumococcal Tersebar?

Bakteria penyebab Penyakit Pneumococcal boleh tersebar secara terus daripada individu lain, termasuklah batuk dan bersin, malah oleh individu yang kelihatan sihat.

Siapa Yang Berisiko?

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti Penyakit Pneumococcal. Namun, sesetengah golongan mempunyai risiko yang lebih untuk dijangkiti Penyakit Pneumococcal.

- Bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 59 bulan
- Semua golongan dewasa berusia 65 tahun dan ke atas
- Pesakit dengan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, sakit paru-paru, penyakit sel sabit, diabetes, ketagihan alkohol dan sirosis
- Pesakit dengan penyakit atau keadaan yang mengurangkan daya tahan tubuh kepada jangkitan, seperti penyakit Hodgkin, limfoma atau leukemia, kegagalan buah pinggang, mieloma berbilang, sindrom nephrotic, jangkitan HIV atau AIDS, kerosakan limpa, atau ketiadaan limpa, pemindahan organ
- Pesakit yang mengambil ubat atau rawatan yang mengurangkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan, seperti steroid jangka panjang, ubat kanser, terapi radiasi
- Perokok atau pesakit asma
- Penghuni kediaman kejururawatan atau fasiliti perubatan penyakit kronik. Keupayaan menentang jangkitan berkurangan apabila kita semakin lanjut usia. Bagi kanak-kanak pula, sistem imunisasi yang masih belum sempurna menyebabkan mereka berhadapan risiko jangkitan.

Cara Mencegah Penyakit Pneumococcal?

Menerima vaksin adalah cara yang terbaik untuk mencegah Penyakit Pneumococcal.

Jadi, dapatkan lah suntikan ini dari seawal usia anak anda 2 bulan.

Thanks for reading this info.

Wednesday, January 14, 2015

Seluruh Cinta

Assalamualaikum....

Seluruh Cinta hanya untuk mu suami ku...cewah..
Lagu ini ditujukan khas buat suami yang tersayang...i love u abang...

Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbayang saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk kudalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa
Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya
Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama
Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku
Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku
oh..oh
Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu adaDisisiku selamamnya
oh…
{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja muHingga nanti kitakan bersama } 2X
Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama


(Siti Nurhaliza ft Cakra Khan)

Friday, January 2, 2015

Cerita Tahun Baru

Assalamualaikum....

Selamat menyambut tahun baru 2015 untuk semua yang baca blog ni ye...
Hari ni dah 2 Januri 2015...usia pun dah semakin meningkat..anak-anak pun dah semakin membesar dan bijak..

Tahun lepas punya cerita suka dan duka tak perlu kita ingat lagi...masuk tahun baru kita buka buku baru...
muasabah diri...berubah menjadi lebih baik...Insya Allah..semoga Allah kuatkan iman dan tetapkan hati..

Ok jom kita tengok gambar-gambar sepanjang cuti semalam...

dua beradik ni memang manja acu sepol diorang...acu pulak memang rajin melayan anak-anak buahnya...

arissa yang suka melaram dan bergaya...pantang cakap nak amik gambar..laju je berposing...

Semalam encik suami ajak kami pegi memancing kat klang nun..mesti korang cakap jauh kan...sanggup betul laki aku kan...dah hobi dia nak buat macam manakan...sekali sekala ikut apa salahnya kan...


Arissa kalau benda baru memang dia suka..nilah hobi papa diorang...masa aku mengandungkan arissa dulu selalu kena tinggal...tapi tak kisah pun...dah hobi dia..takkan nak halangkan..

kusyuk kakak pegang batang joran...anak papa la katakan..adik tengok je sekarang...tunggu besar sikit..tau la dia ambik alih pulak...hehehe..

papa tengah kusyuk letak umpan untuk ikan..dengan harapan dapat la ikan siakap ke..kerapu ke..
tapi rezeki tak berpihak pada kami..lain kali cuba lagi...

sempat lagi arissa berposing...

tu jela aktiviti kami...ha nak bagi tahu jugak..sebelum pergi ni..kami kemas-kemas rumah dulu...cuci apa yang patut...hehehe..
oklah...tu jela kot cerita tahun baru kami..

Azam tahun baru :

* menjadi seorang mama dan isteri yang lebih penyabar.
* taat kepada suamiku yang tercinta.
* solat lima waktu jangan dilupakan.

p/s : semoga Allah sentiasa makbulkan segala doaku dan semoga Allah tetapkan imanku agar dapat menjadi isteri yang solehah...amin...